PH dan DAP lebih bijak tangani Covid-19 semasa jadi Kerajaan - Lim Guan Eng

Satu petikan yang diambil daripada laman sosial DAP yang menafikan tuduhan Mohamed Azmin Ali terhadap PH dan mendakwa bahawa tuduhan itu melampau. Mereka juga menegaskan bahawa PH mengawal Covid-19 dengan baik pada ketika itu. 

Berikut adalah petikan yang diambil daripada laman sosial DAP :

" Tuduhan menteri kanan, Mohamed Azmin Ali terhadap Pakatan Harapan (PH) semalam disifatkan sebagai amat melampau, tidak berasas dan tidak bersandarkan bukti.

" Ketika pentadbiran PH, tiada kematian berlaku akibat Covid-19.

" Sebaliknya sebelum PH meninggalkan kerajaan, hanya dua kes dilaporkan ditempatkan di wad dan bukan di unit rawatan kecemasan (ICU).

" Ketika itu, dilaporkan 22 daripada 24 kes positif sudah pulih seluruhnya.

" Malah dalam menangani Covid-19, pihak kerajaan ketika itu bersedia memberikan segala sumber yang perlu termasuk sumber kewangan untuk memastikan bahawa pasukan barisan hadapan (frontliners) boleh menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.

" Dari sudut kewangan, Kementerian Kewangan di bawah PH telah memberikan peruntukan secukupnya.

" Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga pernah menyebut bahawa semasa pemerintahan PH, perkara ini ditangani dengan baik.

" Disebabkan persiapan awal, tiada yang tergendala dalam usaha menangani epidemik dan pandemik Covid-19."





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)