Pengadu akan disiasat untuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya

SUNGAI BULOH: Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, menyifatkan dakwaan wujudnya kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam sebagai kes fitnah dan tohmahan.

Ini kerana individu terbabit dilaporkan tidak pernah tampil untuk memaklumkan kepada pihak Polis Daerah Sungai Buloh, tentang kewujudan premis-premis judi serta aktiviti penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Acheh, di kawasan berkenaan.

Shafa'aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imejnya sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, IPD Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

"Ini kerana maklumat yang diberikan dalam video berkenaan tidak tepat sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

"Selepas pendedahan video berkenaan pihak pihak polis Sungai Buloh melakukan enam serbuan ke atas premis seperti ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia, di mana lima daripadanya kosong manakala satu premis masih beroperasi," katanya dalam sidang media khas di Sungai Buloh, tengah hari tadi.

Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas sebanyak empat tablet jenama jumper; satu tablet kawalan utama jenama jumper; satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM114.

"Lima premis di tempat berlainan didapati dalam keadaan berkunci dan pihak polis terpaksa menggunakan pemotong besi dan kuku kambing untuk membuka pintu premis dan hasil daripada pemeriksaan dalam premis itu didapati tidak beroperasi.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sepanjang tahun ini, IPD Sungai Buloh sudah melakukan sembilan serbuan dengan kejayaan tujuh tangkapan ke atas penjaga premis perjudian; lapan tangkapan pemain; lima rampasan komputer riba dan 23 rampasan tablet dengan jumlah wang tunai sebanyak RM546.

Shafa'aton turut mempersoalkan motif individu yang menukarkan video berkenaan dengan mendakwa nyawanya terancam kerana membuat pendedahan itu.

"Kita sedang mengesannya dan akan memanggilnya dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan termasuk mendapatkan maklumat mengenai pendedahannya," katanya.

Setakat ini dua laporan polis dibuat berikutan pendedahan video berkenaan iaitu oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ketua Polis Balai Sungai Buloh.

Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.

Selain itu dia turut mendakwa pihak MBSA dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.

Dua video berdurasi 13.28 saat dan 8.29 saat itu sehingga kini sudah ditonton oleh jutaan orang sehingga mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang mana sebahagian dari mereka mendakwa tahu kewujudan perjudian di Sungai Buloh dan lokasi lain seluruh negara.

Punca isu ini bangkit bermula daripada salah sebuah stall burger peniaga tersebut dirampas oleh pihak MBSA atas kesalahan tertentu. Peniaga tersebut berasa tidak berpuas hati kerana stall miliknya sahaja yang diangkut sedangkan peniaga-peniaga lain bebas berniaga seperti biasa di tepi jalan malah ada satu kedai milik warga Aceh yang menjual rokok haram katanya. Dalam video yang diupload oleh peniaga burger ini beliau mendakwa bahawa terdapat banyak kedai-kedai mesin judi yang beroperasi di kawasan tersebut. 

Beliau juga ada membuat laporan polis mengenai operasi kedai judi tersebut kepada pihak berkuasa namun beliau mendakwa mendapat beberapa ugutan oleh tauke kedai mesin judi tersebut. Berikut adalah video yang pertama 



Susulan video pertama :



Susulan video ke dua :



Susulan daripada video-video tersebut, pihak MBSA telah mengeluarkan 1 kenyataan akhbar bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. 



Kita mengharapkan agar keadilan dapat ditegakkan supaya tidak mencemar nama baik pihak berkuasa sekali gus menghapuskan kegiatan haram jenayah di negara ini. 




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)