SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pemandu Toyota Camry Putih buat laporan Polis...



TINDAKAN pemandu Toyota Camry putih menggunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang, menyebabkan kenderaan itu melanggar sebuah motosikal, hari ini.

Kejadian itu tular selepas insiden berkenaan dirakam menerusi kamera pada bahagian belakang sebuah kereta dimuat naik di media sosial, hari ini.

Dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu menunjukkan Toyota Camry berkenaan berada di lorong kiri sebelum sebuah motosikal dilihat melalui di lorong kecemasan.

Kereta itu kemudian dilihat memusing ke kiri dan memasuki lorong kecemasan tanpa menyedari terdapat motosikal sedang melalui laluan berkenaan.

Tindakan pemandu itu menyebabkan motosikal dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita itu jatuh.

Malah, pemandu Toyota Camry berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya dan terus beredar dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pemandu tersebut membuat laporan polis seolah-olah dia yang menjadi mangsa..

Image may contain: text that says "LEBIH KURANG 1430HRS SEMASA SAYA MEMANDU MIKAR NO PEND: WXL 3118 JENIS PAHANG MENGHALA KE UMPUR SETIBA LEBUHRAYA 56.4 SAYA TELAH KENDERAAN HADAPAN MENGUNAKAN LALUAN KECEMASAN KIRI JALAN) DAN TIBA-TIBA M/SIKAL NOMBOR PENDAFTARAN TIDAK PASTI DAN JENIS TIDAK PASTI MENGAKIBATKAN CCN TERSEBUT TELAH JATUH.AKIBAT KEJADIAN ITU M/KAR SAYA TIDAK MENGALAMI APA-APA LAPORAN SAYA. Tandatangan Jurubahasa(Jika ada): 以. Pencetak Tarikh Masa Cetak S23371 31/08/2020 8:40 PM Tandatangan Repot: Baiotiombal 53100 Selangor. 1896759.036189520 03689520"

Image may contain: one or more people, phone and text

Rata-rata netizen sangat marah dengan tindakan biadap pemandu itu yang mengakibatkan kemalangan sekaligus mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.