Parti ini ditubuhkan atas semangat Melayu, bukan untuk pecahbelahkan - Tun M

 

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini.Dr Mahathir berkata, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana di awal penubuhannya dulu.

"Bukan niat kami nak banyak sangat parti politik Melayu. Sudah ada Umno Pas dan Bersatu.

"Parti ini ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip," katanya.

Pengumuman berkenaan dibuat pada satu sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Mei lalu, Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka yang lain ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)