Netizen minta SPRM siasat isu ini

 "Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya," demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.

Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.

"Ia bukan tohmahan, ini cerita betul. Sepatutnya polis menghubungi saya ucap terima kasih, hantar bunga kepada saya, sepatutnya begitu, sebab saya sudah bagi maklumat," katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Malakat Tribune.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, dia sudah berusaha membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

"Bukan saya tidak pernah maklum kepada polis, saya pernah memaklumkan perkara itu di Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan.

"Malah apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjudian di kawasan itu, saya dapati identiti saya bocor kepada sindiket perjudian," katanya.

Dakwa Mohd Asri, selepas memaklumkan tentang kegiatan perjudian, tiba-tiba seorang lelaki dipercayai ahli sindiket judi memanggil pekerjanya dan mempersoalkan tindakannya sebagai majikan memaklumkan tentang aktiviti premis perjudian.

"Tidak lama selepas kejadian itu, sindiket berkenaan kemudian membuka dua premis mesin judi di mana salah satunya terletak di sebelah kedai saya.

"Justeru, dengan siapa lagi saya nak mengadu, dengan siapa lagi saya nak berharap kalau bukan polis," katanya.

Mohd Asri bagaimanapun memuji tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang segera memberikan kenyataan pantas untuk menyiasat segala dakwaannya.

Mohd Asri turut menjelaskan mengenai masalah yang timbul dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Bayangkan, masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya. Tapi itu saya tak kisah kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga.

"Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rokok seludup dan tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjudian. Adakah itu adil," katanya.

Dalam pada itu, netizen meminta pihak SPRM supaya membuat siasatan mengenai isu ini




1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!