SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Menteri dikenakan kompaun RM 1000 oleh KKM kerana gagal patuhi SOP


 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342 menyebabkan beliau dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Kompaun tersebut dikeluarkan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

”Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada YB Datuk Dr Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lalu dan beliau telah menjelaskan kompaun tersebut,” kata KKM dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, sampel nasopharyngeal swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.


Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Mohd Khairuddin didakwa melanggar perintah kuarantin wajib selama 14 hari di rumah oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam Sidang Dewan Rakyat pada 18 Ogos lalu.

Dakwanya, Mohd Khairuddin baru pulang dari Turki pada 7 Julai lalu selepas berada di sana selama empat hari.

Beliau berada di Parlimen enam hari kemudian pada 13 Julai sebelum tempoh kuarantin di rumah berakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan akan menyiasat dakwaan tersebut tetapi mengesahkan Mohd Khairuddin telah melakukan ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Turki.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.