Mat Sabu mahu generasi bangkit untuk selamatkan Malaysia

Sahabat baik kepada Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng iaitu Mat Sabu meluahkan rasa sedih terhadap penahanan Lim Guan Eng baru-baru ini oleh SPRM dan beliau berharap semoga Lim tabah dalam mengharungi dugaan dalam dunia politik ini. Mat Sabu juga berharap agar generasi akan datang dapat menyelamatkan Malaysia.

" Lim Guan Eng dalam perjalanan politiknya melalui berbagai halangan dan ujian. Beliau pernah ditahan ISA dalam usia 20-an dan dipenjarakan pada tahun 1997 serta beberapa kali lagi ditahan dalam pelbagai kes. Saya yakin saudara Lim Guan Eng tabah menghadapi segala bentuk ujian yang dikenakan kepada beliau dalam perjuangan politik yang beliau yakini untuk memertabatkan kedaulatan undang undang dan membina kemakmuran negara.

" Pendakwaan terhadap beliau adalah suatu proses biasa dalam perjalanan sistem perundangan. Tetapi hari ini berlaku sesuatu yang meragukan apabila bekas Ketua Menteri Sabah yang didakwa dengan 46 tuduhan digugurkan kesnya serta merta tanpa dibicarakan. Ia menimbulkan suatu kehairanan terhadap prinsip The Rules of Law di Malaysia apabila berlaku pendakwaan terpilih. Semoga generasi akan datang berupaya menyelamatkan Malaysia dan kembali menegakkan kedaulatan undang undang dengan sebaiknya." - Mat Sabu



Dalam pada itu, Datuk Sri Najib mengupload 2 gambar membeli 2 bungkus keropok superring di laman sosial Facebook miliknya. Adakah ianya satu sarcasm untuk mereka berdua? 






Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja