Lambaian Terakhir Md Rayhan kepada rakyat Malaysia

 LELAKI warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir sempat melambaikan tangannya kepada pengamal media sebelum keluar dari negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Md Rayhan yang mencetuskan kontroversi dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam tadi.

Terdahulu, Md Rayhan dilihat tiba di KLIA menaiki van Jabatan Imigresen (JIM) pada 9 malam diiringi lapan pegawai jabatan berkenaan dan tangannya bergari.

Pada 5 Ogos lalu, Ketua Pengarah JIM dilaporkan berkata, Md Rayhan akan dihantar pulang ke negara asalnya.

Beliau dipetik sebagai berkata, Md Rayhan akan akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan.

Pada 24 Julai lalu, media melaporkan Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)