Lain kali buat video elok-elok, jangan main tular macam ni

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tidak sesekali membuat pendedahan secara terbuka mengenai aktiviti haram sebagaimana yang dilakukan oleh pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Asri Janggut.

Ini kerana katanya, beliau bimbang pihak yang mendedahkan maklumat itu akan mendapat ancaman dan adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Lain kali buat video elok-elok dan hantar kepada saya. Video itu boleh dihantar ke pejabat saya di KDN di Putrajaya.

“Jangan buat macam Asri ditularkan, nanti jadi macam-macam masalah. Belum sampai kepada saya dah jadi isu. Nanti jadi masalah kepada diri dan keluarga dia.

“Kalau ada orang nak buat hantar kepada saya dulu. Biar saya tengok dan saya buat penyelidikan yang lebih sesuai mengikut perundangan yang ada,” katanya.

Menurutnya, mungkin pasukan Bukit Aman yang akan dikerahkan ke kawasan tertentu untuk sebarang bentuk video aduan berkaitan rumah perjudian seumpamanya berbanding polis di daerah yang berkenaan.

“Kalau dah benda (video kegiatan rumah judi) itu datang terus kepada saya, tak semestinya saya menggunakan OCPD (Ketua Polis Daerah).

“Mungkin saya boleh menggunakan pasukan yang datangnya dari Bukit Aman contohnya, itu semua kita akan pastikan,” katanya.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)