Kita belum ada bajet untuk teknologi mengesan pedofilia


Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk menyediakan teknologi menjejaki penjenayah seksual dan pedofil seperti yang dilakukan oleh Australia terhadap Richard Huckle, kata Timbalan Menteri Zahidi Zainul Abidin.

Menurut Zahidi, bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk memberikan peruntukan bagi teknologi tersebut kerana peruntukan sedia ada diutamakan bagi penyediaan internet di kawasan luar bandar.

“Tetapi jika kerajaan membenarkan, maka kita ada dana USP (universal service provision) yang kita peruntukkan untuk internet luar bandar saja.

“Tapi kalau kita boleh guna duit tu, maknanya diberikan kebenaran, maka kita boleh gunakan wang tersebut untuk kita gunakan untuk kita beli alatan-alatan teknologi yang canggih.

“Ini adalah bergantung kepada kerajaan dan Kementerian Kewangan untuk kita guna peruntukan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) yang bertanyakan mengenai tahap keseriusan kerajaan dalam melabur untuk menangani isu tersebut dan sama ada latihan secukupnya diberikan kepada kakitangan kerajaan menjejaki penjenayah seperti Huckle.

Kasthuriraani juga membuat perbandingan teknologi Australia apabila pihak berkuasa di sana dapat mengesan aktiviti Huckle dan berkongsi maklumat dengan kerajaan Malaysia ketika itu.

“Adakah kerajaan Malaysia akan labur ke teknologi yang sama agar kita tak perlu lagi menunggu negara lain memberi maklumat kepada kita bahawa ada penjenayah seksual di Malaysia dan selepas itu tunggu mereka keluar daripada negara, baru ditangkap di negara lain?” soalnya.

Bagaimanapun, Zahidi berkata teknologi tersebut memerlukan peruntukan dari Kementerian Kewangan.

“Kita lihat di kebanyakan negara, mereka gunakan teknologi di mana kalau kita scan (imbas) di airport (lapangan terbang), kita dah tahu dan scan tu dah tunjukkan bahawa mereka ada pornografi atau pedofilia atau bahan lucah kanak-kanak dalam handphone, dan boleh tangkap dah.

“Di Malaysia ni kita tak ada lagi (teknologi tersebut) sebab kita tak ada bajet lagi untuk memohon kebenaran tersebut,” jawab Zahidi.

Pada tahun 2014, Huckle ditangkap oleh Agensi Jenayah Kebangsaan Britain selepas terlepas dari polis Australia.

Pada 2019, pedofil itu disabitkan bersalah merogol dan mencabul 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur, sebelum ditikam sampai mati di penjara United Kingdom.

Huckle dijatuhi hukuman penjara 22 tahun pada 2016 selepas mengaku salah atas 71 pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak antara 2006 dan 2014.

Kecewa dengan jawapan

Kasthuri kemudian membangkitkan isu tersebut di dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, dengan menyuarakan kekecewaannya susulan Zahidi.

Menurutnya, isu tersebut bukan pertama kali dibangkitkan olehnya. Malah dia pernah bertanya soalan tersebut kepada bekas timbalan menteri dalam negeri Nur Jazlan Mohamed.

“Pada masa itu saya tanya soalan ini kepada mantan (timbalan menteri di) KDN, Nur Jazlan kenapa tiada melabur teknologi (untuk menjejaki penjenayah pedofilia dan seskual).

“Beliau kata benda sama; tiada peruntukan. Maka tak boleh ikut apa kerajaan Australia (lakukan).

“Ini satu alasan digunakan Malaysia. Ini perkara penting, adakah perlu seorang backbencher pembangkang menimbulkan isu ini?" soalnya.

Dia menyifatkan bahawa alasan tersebut merupakan satu kelemahan daripada pihak kerajaan yang tiada iltizam politik.

“Saya harap timbalan menteri akan maklum kepada menteri dan bawa dalam Kabinet.

“Saya harap MOF akan celik dan peka kepada tuntutan kami. Perlu ada peruntukan diberikan ini. Pelaburan untuk lindungi kanak-kanak kita,” katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja