Dato' Sri Ismail Sabri potong kad kredit HSBC sebagai simbolik protes terhadap tindakan tidak professional mereka

Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob membuat pemotongan servis kad kredit HSBC sebagai simbolik protes beliau terhadap tindakan HSBC London menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas.

" Semalam banyak viral di media sosial. Sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014.

" HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas.

" Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghalalkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin.

" Pemotongan kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penentangan saya terhadap tindakan tidak professional mereka yang menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.

" Saya tahu tindakan itu tidak akan menghentikan kekejaman Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya."









Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)