SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Azmin Ali menjadi punca MIC keluar PN


 Keterlibatan menteri kanan, Azmin Ali dalam Perikatan Nasional (PN) dan kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai penutupan sekolah vernakular antara punca MIC menarik diri daripada gabungan tersebut, dedah sumber parti itu.


Menurut sumber, Azmin yang kini menyertai Bersatu dilihat cuba mengawal parti-parti lain dalam gabungan PN dan tidak disenangi oleh parti-parti komponen BN.


"MIC tidak dapat berjabat tangan dengan Azmin. Beliau sentiasa cuba menguasai yang lain. Meminggirkan rakan lain dalam gabungan PN," kata sumber berkenaan, yang merupakan pucuk pimpinan tertinggi MIC kepada Malaysiakini.


Sebagai contoh katanya, tiada seorang pun ahli MIC dipilih bagi mengisi 200 Jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (JKPT) yang ditubuhkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


"Tiada satu diberikan kepada MIC. Jadi, gabungan macam mana ini," kata sumber yang enggan identitinya didedahkan.


Malaysiakini telah menghubungi KPKT untuk mendapatkan penjelasan.


Tambahnya, jawatan yang berkaitan dengan masyarakat Cina dan India juga diserahkan kepada ahli Bersatu, menyebabkan 'MIC dan MCA tercicir'.


"Di Kedah, dalam pembahagian kerusi ahli majlis, Umno telah dipinggirkan oleh kumpulan ini.


"Tidak mustahil MIC bertindak meletak jawatan empat ahli majlis yang dipegangnya di Kedah buat masa ini," katanya.



Buka keahlian pada bukan Melayu 


Sumber itu memberitahu tindakan Bersatu membuka keahlian kepada bukan Melayu juga tidak disenangi oleh MIC.


"Mereka kata PN ini satu gabungan bersama. Jadi, apa masalah bagi penyokong-penyokong Azmin yang bukan Melayu menyertai MIC atau parti lain selain Bersatu," katanya.


Semalam, MIC menarik diri daripada menyertai PN selepas Umno juga membuat keputusan serupa.


MIC menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menyatakan keputusan parti berkenaan.


Surat tersebut yang dilihat Malaysiakini ditandatangani Setiausaha Agung MIC, M Asojan Muniyandy.


'Kenyataan Wan Fayhsal percepatkan tindakan MIC'


Menurut sumber, surat berkenaan ditetapkan untuk diserahkan kepada RoS selepas PRK Slim, namun dihantar sehari selepas Wan Fayhsal membuat kenyataan mengenai hasrat memansuhkan sekolah vernakular.


Katanya, kenyataan tersebut telah mempercepatkan tindakan MIC keluar daripada PN.


"Kami anggap kenyataan Wan Fayhsal sebagai 'pengacau' pada PRK Slim dalam usaha BN meraih pengundi bukan Melayu," katanya.


DUN Slim mempunyai 13 peratus pengundi India dan 10 peratus Cina.


PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 Ogos.


Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.


PRK ini menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili parti Pejuang dan seorang lagi calon bebas, Santharasekaran.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.