Ustaz dan PU tidak berhikmah dalam berdakwah, hentikan kutuk Sajat - Ustaz Abu Syafiq



Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai Nur Sajat susulan tindakannya memuat naik foto dan video hanya memakai bikini di akaun Instagramnya yang disifatkan agak melampau dan keterlaluan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq yang menyatakan dia menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai memintanya untuk menegur usahawan kosmetik itu.

Menerusi satu entri di Instagram, Ustaz Abu meminta orang ramai supaya berhenti mengutuk mahupun menghina Nur Sajat sebaliknya mendoakan yang baik-baik agar suatu hari nanti dia akan memperoleh hidayah.



Dalam pada itu, Ustaz Abu turut meminta agar memberikan teguran kepada Sajat dengan cara berhemah. Malah, turut mendakwa ramai individu bergelar ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah.

Ustaz Abu sempat menitipkan pesanan dengan mengatakan sebelum menunding jari kepada kepada Sajat, pandang pada diri sendiri terlebih dahulu dan bertaubat.

“Tegurlah dia dengan berhikmah. Ramai juga yang bergelar Ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah.

“Sebelum nak tunding jari pada Sajat. Jangan lupa 4 jari pada diri dulu. Bertaubatlah,” tulisnya lagi.

Terdahulu, PU Amin menyeru netizen supaya memboikot produk dan perniagaan milik Sajat. Malah, PU Syed turut menggesa pihak JAKIM dan PDRM mengambil tindakan sewajarnya ke atas usahawan tersebut.



Nak buat dropship shoplink dengan pengiklan gergasi seperti Shopee dan Lazada? Senang ja..Surirumah pun boleh buat http://bit.ly/2VU1lwX

Posted by Lazdrop Asia on Friday, June 19, 2020

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja