Tindakan memalukan yang dilakukan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan(PH) apabila pelbagai kata kesat dilemparkan di dalam dewan parlimen mulia terhadap pelantikan Speaker Dewan baharu. Gambaran ini menunjukkan bahawa PH tidak tahu menghormati dewan dan ini menambahkan lebih kebencian rakyat terhadap cucuk pimpinan mereka.
"Speaker haram!"
“Speaker tebuk atap!”
“Speaker pintu belakang!”
“Tak ada maruah!”
“Tak ada rasa malu!”
“Shame on you!”
Entah macam-macam bahasa kesat pembangkang daripada Pakatan Harapan dilemparkan kepada Speaker yang baru dilantik hari ini.
Menukar speaker ini adalah amalan biasa dan berlaku setiap kali berubah kerajaan. Kerajaan yang memerintah mempunyai hak untuk membawa usul penukaran Speaker Dewan Rakyat pada bila-bila masa yang dirasakan perlu dan ia tidak melanggar undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menerusi Perkara 57 (2)(c), iaitu 'Jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatannya' ianya dibolehkan.
Jadi di mana sandaran hujah Pakatan Harapan sebagai pembangkang menolak dan menafikan pelantikan Speaker yang baru hari ini?
Sewaktu mereka menjadi kerajaan, Speaker lantikan kerajaan Barisan Nasional juga ditukar atas alasan memenuhi aspirasi kerajaan baru. Tidak pula pembangkang waktu itu PAS & Umno menjerit terpekik terlolong menentang keputusan tersebut.
Kenapa apabila PERIKATAN membuat keputusan yang sama Pakatan Harapan menentang habis habisan dengan segala hamburan kata-kata kesat dan menggegarkan parlimen dengan pertikaman lidah yang menjelikkan?
Tidak rasa malukah wahai pemimpin Pakatan Harapan? Inikah akhlak yang ingin ditonjolkan? Satu dunia melihat gelagat kalian!
Masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa kalian telah ditolak rakyat habis habisan?
Muhasabah teman. Belajar redha dengan kekalahan.
Gambaran rahmatan lil alamin yang dihodohkan.
Mintak tolong sahabat-sahabat yang baca article ni Like page Lazdrop Asia yer! Semoga murah rezki untuk anda yang bantu naikkan page kami. TQ
Mintak tolong sahabat-sahabat yang baca article ni Like page Lazdrop Asia yer! Semoga murah rezki untuk anda yang bantu naikkan page kami. TQ