Sudah terang lagi bersuluh, PATI yang masuk ke negara ini adalah secara haram sama sekali dan Kerajaan Malaysia mempunyai hak mutlak dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas PATI kerana melanggar undang-undang di negara ini. Namun, pihak Kerajaan Malaysia masih memberi layanan yang positif terhadap golongan ini memandangkan negara berdepan dengan wabak Covid 19 dan PATI juga tidak terkecuali tergolong dalam kluster sasaran yang degil dan keras kepala dalam memberi kerjasama dengan pihak kerajaan Malaysia.
Isu ini diputarbelit oleh reporter Al Jazeera yang tidak bertangungjawab mengambarkan imej negatif terhadap Malaysia berlaku kejam ke atas PATI di negara ini dalam usaha menangani masalah PATI di negara ini.
Video berdurasi 0.54 second itu mengambarkan imej negatif terhadap Malaysia
Sumber posting tersebut dipetik daripada salah satu posting di Facebook page al jazeera.
Video penuh : https://youtu.be/zyl_xsdpteI
UPDATE : Posting daripada FB page tersebut telah dihapuskan mungkin kerana hasil report orang ramai.
Rata-rata netizen mengecam posting ini kerana ianya satu dakwaan yang tidak berasas dan banyak putar belit yang dimainkan oleh reporter Al Jazeera dalam usaha mengambarkan imej negatif terhadap Malaysia.
Kami sebagai rakyat Malaysia amat bersetuju dengan pihak Kerajaan Malaysia dalam usaha menangani isu PATI yang berleluasa di negara ini. Sudahlah masuk negara orang secara haram, malah memburukkan Malaysia. Reporter macam ni seharusnya disekat daripada memasuki negara ini.