Remaja perempuan dipukul dan dicucuh kaki oleh Bapanya


Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mendera anak kandung perempuannya yang berusia 16 tahun di Sungai Jelok, Kajang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, suspek yang juga bekerja sebagai seorang pemandu e-hailing telah mendera mangsa sejak di tingkatan satu.

"Polis menerima laporan Jumaat lepas berhubung kejadian penderaan yang berlaku pada 4 Julai lepas yang mana seorang bapa telah merotan anak perempuannya di bahagian kaki dan mencucuh dengan 'colok' yang masih terbakar kerana berang mangsa telah keluar rumah pada 2 Julai.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia sering dicederakan oleh bapanya menggunakan rotan sejak Tingkatan Satu disebabkan bapanya mengesyaki mangsa keluar rumah untuk mencari ibunya kerana pasangan itu telah berpisah sejak 2009," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, akibat kejadian itu remaja berkenaan telah mengalami kecederaan di bahagian kiri dan kanan telapak kaki dan nenek mangsa yang tinggal bersama telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Pada hari laporan dibuat, mangsa telah keluar dari rumah dan berjumpa dengan rakannya untuk mengadu yang dia dicederakan oleh bapanya dan rakan mangsa telah membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

"Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah melakukan tangkapan ke atas suspek dan dia ditahan reman selama tiga hari," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja