Peguam bela kepada lelaki warganegara Bangladesh yang muncul di dokumentari Al Jazeera berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown, dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Md Rayhan Kabir hari ini di Jabatan Imigresen, di sini.
C Selvaraja memaklumkan bahawa Rayhan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berkata beliau tidak berniat membur0kkan negara ini dengan mengatakan pendatang asing dian1aya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.
Beliau turut menyatakan akur dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantarnya pulang ke negara asal bila-bila masa.
“Beliau membuat permohonan maaf kepada Malaysia sebab dia tidak berniat bercakap sebegitu (dalam dokumentari), dia lihat kawannya ditah4n ketika pendemik Cov1d-19 digari, dan dibawa ke trak. Itu apa yang dia lihat. Dia dengan ikhlas membuat permohonan maaf.
“Tidak ada niatnya untuk menud0h penguatkuasa Malaysia tapi apa yang dia rasa selepas melihat keadaan itu. Dia bersedia untuk dihantar balik dan kembali kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui selepas lebih kurang empat jam berada di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.
Menurut Selvaraja, anakguamnya memaklumkan menerima layanan yang sempurna sepanjang dalam tah4nan.
“Hari ini Jabatan Imigresen telah memberi kebenaran, kita telah berjumpa dengan Kabir, beliau dalam keadaan selamat, tidak ada rungutan. Dia beritahu dia telah dijaga dengan baik dan rapi, semua sempurna makan semua ada,”ujarnya.
Selvaraja berkata, pihaknya akan menulis surat rasmi kepada JIM untuk meminta perincian berkenaan tarikh dan masa anak guamnya bakal dihantar pulang dan t1ndakan selanjutnya bakal diambil oleh pihak berkuasa.