Perbuatan tersebut harus dihukum kerana DAP sayangkan YDPA - Lim Guan Eng


Heboh hari ini dengan berita dukacita mural Yang diPertuan Agong serta hero-hero negara yang lain diconteng dengan perkataan tidak senonoh dan kesat. Hasil daripada rakaman video CCTV mendapati bahawa pelakunya ialah 2 orang wanita yang tidak dapat dikenalpasti dengan jelas. Susulan daripada rakaman CCTV yang tular di sosial media menjadi dakwaan netizen bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh penyokong pihak pembangkang sebagai perbuatan kianat. Namun dinafikan oleh parti DAP. 


Pemimpin DAP hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan mural seni di Shah Alam yang antaranya memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan vandalisme berkenaan sambil menyifatkannya ia tidak wajar berlaku apatah lagi melibatkan potret Yang di-Pertuan Agong.

“Saya gesa pihak berkuasa menyiasat aksi provokasi ini dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Satu video di media sosial tular menunjukkan mural terbabit dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, tindakan pengecut oleh pihak tertentu yang cuba mencetuskan provikasi sebegitu perlu dikecam.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong pula berkata, perkara ini tidak patut berlaku sama sekali.

“Budaya biadab dan kesat semakin menjadi-jadi. Harap para pemimpin jadi teladan. Rukun negara kita perlu diamal: Kesopanan dan Kesusilaan.

“Kita kecam sekeras-kerasnya tindakan vandalisme ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Manakala Adun Ketari, Young Syefura turut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini kerana mungkin ada unsur provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)