Tidak sampai sejam dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun, menunjukkan ketegasan pertamanya apabila mengarahkan seorang Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan.
Azhar mengeluarkan arahan itu selepas Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) berterusan mengganggu ucapan sulungnya. Azhar berkata, arahan keluar dewan kepada Khalid berkuat kuasa sehingga habis sesi persidangan hari ini.
Khalid Abdul Samad tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang mengarahkan beliau keluar daripada dewan kerana beliau mendakwa bahawa pembangkang juga mempunyai hak untuk bersuara.Berikut adalah petikan daripada posting twitter milik beliau.
"Kalau didengar video dengan teliti, kedengaran saya nyatakan tanpa microphone,
Kami ada hak. Ahli Parlimen (walaupun pembangkang), ada hak! Sakit hati 'Speaker lantikan PM' mendengar kata-kata itu dan saya diusir. "
"Sudah 12 tahun saya menjadi Ahli Parlimen. Speaker lantikan PM baru sejam tak sampai. Dahlah dilantik, bukan diundi, mengusir saya kerana saya sebut "kami ada hak..". Hak apa yang saya maksudkan? Hak memilih Speaker! Tu marah sangat tu. Speaker lantikan PM anggap kami tiada hak.
" Menteri dari PAS putar-belit berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan. Prosedur lantik Speaker tak ikut Standing Order Parliament. Standing Order iktiraf hak semua Ahli Parlimen, termasuk dari Pembangkang! Menteri PAS, sebagai 'budak suruhan PM', nafi hak MP Pembangkang.
" Maka walaupun bukan itu kehendak saya, namun mengikut pepatah Melayu, Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Oleh itu, walau apapun kata mereka, hakikatnya hak kami sebagai Ahli Parlimen telah dinafi dan saya terus nyatakan sehingga diusir keluar dewan."
Kalau didengar video dengan teliti, kedengaran saya nyatakan tanpa microphone,
— Khalid Samad (@KhalidSamad) July 14, 2020
"Kami ada hak. Ahli Parlimen (walaupun pembangkang), ada hak!"
Sakit hati 'Speaker lantikan PM' mendengar kata-kata itu dan saya diusir.
Khalid Samad diarah keluar dewan https://t.co/azMpx0c4Uk
Adakah anda setuju dengan respond netizen tersebut? Klik like tanda setuju