Malaysia seperti saudara kami - Pertubuhan Rohingya



Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom) meminta sokongan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

Presiden Merhom, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, pemimpin dunia perlu mempunyai kepimpinan moral dan kehendak politik bagi menjamin keadilan serta keamanan sejagat demi masa depan generasi akan datang.

Menurutnya, Tuhan mencipta manusia dengan pelbagai perbezaan supaya saling mengenali antara satu sama lain dan bukan untuk membunuh serta membenci.

"Kita memerlukan lebih banyak pemimpin yang mempunyai kepimpinan moral dan kehendak politik bagi mengekalkan menyelamatkan nyawa manusia di dunia ini.

"Kami etnik Rohingya tanpa kewarganegaraan memerlukan suara anda untuk membantu kami menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

" Malaysia dan Indonesia sudah seperti saudara kami, tempat kami mendapatkan perlindungan daripada ancaman keganasan dan pembunuhan.

"Tanpa sokongan anda dan pemimpin dunia terkemuka, kami akan terus menjadi mangsa pembunuhan sejak berpuluh tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zafar berkata, pemimpin dunia perlu bersatu dan mendengar suara etnik itu bagi mencari kaedah terbaik membantu mereka.

Katanya, meskipun berbeza bangsa namun ia tidak sepatutnya menghalang masyarakat dunia melindungi etnik Rohingya.

"Kita seharusnya saling melengkapi antara satu sama lain dan bukannya saling bersaing," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja