Ya Tuhan… Sedekah tak akan memiskinkan kamu - Uncle Kentang

Gambar: Bernama/Uncle Kentang


Kita sering mendengar, semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak rezeki yang akan datang. Rezeki pula datang dalam pelbagai bentuk, adakalanya wang ringgit, ada juga rezeki dari segi kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan hidup.

Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah beliau mendapat ‘pulangan’ yang besar setelah bersedekah RM60.

Menurutnya, beliau telah memberi RM60 kepada seorang individu sebagai bantuan semasa kegawatan akibat COVID-19. Kini, individu tersebut telah membalas pemberiannya dengan 500 kilo ikan segar, rezeki yang berlipat kali ganda.

RM 60 dapat 500 kilo ikan segar.
Aku terkejut. Telefon berdering banyak kali aku tak sempat layan. Dalam phone Covid Bagan Serai.

I letak nombor itu sebagai penerima bantuan Covid. Beliau hanya mohon makanan sikit untuk musim Covid. Aku pun lepaskan RM 60 untuk beliau kerana masa itu ramai yang mohon.

Hari ini 2/7/2020 aku terima satu panggilan telefon. Aku nak derma 500 kilo ikan pelbagai jenis segar kepada hang kata beliau.

Terkejut aku. Kamu ni siapa? Jawab beliau. Aku orang yang pernah hang bantu semasa aku kelaparan. Terima kasih kerana bantu aku pada musim Covid.

Ya Tuhan… Sedekah tak akan memiskinkan kamu… Pasal aku lepaskan bantuan RM 60 kepada beliau, kini beliau nak derma ikan 500 kilo kepada saya setiap bulan sekiranya tangkapan ikan mencukupi. Dia pulak suruh aku agih kepada orang susah.

Inilah kuasa sedekah. Terima kasih semua.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)