Kegigihan Malaysia dalam menangani Covid 19 tanpa diskriminasi WAJIB dipuji dan diakui, yang tinggal di sini saja yang tahu


Indonesia memuji Malaysia untuk kerjasama yang sangat baik diberikan pihak berkuasa Malaysia terhadap pekerja migrannya di negara ini.

Kerjasama ini memudahkan pengagihan bantuan makanan kepada lebih 140,000 pekerja asing Indonesia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung untuk saringan Covid-19, kata Agung Cahaya Sumirat, penasihat sosial dan budaya di Kedutaan Indonesia di sini.

Katanya, sifat kemanusiaan dan semangat persaudaraan Malaysia (serumpun) benar-benar dapat dilihat pada saat yang mencabar ini.

"Tanpa kerjasama baik daripada kerajaan Malaysia, saya rasa kita tidak dapat melakukannya. Pemerintah Indonesia dan Malaysia telah membuktikan walaupun pada saat yang sukar ini kita masih boleh bekerjasama.

"Dengan kerjasama Kementerian Luar Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara serta badan bukan kerajaan Indonesia, kami telah berjaya mengedarkan pek makanan ruji kepada lebih 140,000 orang Indonesia di sini (di Malaysia)," katanya hari ini.

Setiap pek seberat lapan kilogram itu mengandungi, antara lain, nasi, mi dan makanan dalam tin.

Agung berharap kerjasama baik antara kedua-dua negara ketika detik mencabar ini akan menjadi modal politik dan sosial untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

"Kami berharap lebih banyak kerjasama dari Malaysia untuk mengatasi masalah yang dihadapi pekerja migran Indonesia di sini," katanya, sambil menambah berdasarkan pemerhatiannya, masalah utama sekarang adalah mereka yang hilang pekerjaan disebabkan wabak itu.

"Ada yang ingin kembali ke Indonesia. (Mereka boleh melakukannya) asalkan mereka sihat dan dapat membuktikan mereka negatif Covid-19. Kedutaan, bekerjasama dengan imigresen Malaysia, berusaha untuk memudahkan mereka kembali ke Indonesia kerana aspek kemanusiaan diperlukan ketika ini," katanya.

Katanya, kedutaan cuba melakukan yang terbaik untuk membantu warga Indonesia yang telah penat lelah bekerja di negara ini.

"Kami juga merayu kepada warga Indonesia yang bernasib baik berada di sini untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dalam situasi sekarang mari kita jadikan ia sebagai satu jihad dengan membantu orang lain," katanya.

"Apa yang dipertonjolkan dalam video dokumentari yang di post oleh media yang tidak bertanggungjawab itu untuk memburukkan imej Malaysia adalah sangat tidak benar sama sekali. Malaysia telah memberikan bantuan yang terbaik kepada migran dan layanan ini sukar didapati oleh negara lain.

Mengenai migran tanpa dokumen yang dihantar pulang ke Indonesia, Agung berkata kira-kira 2,000 daripada 4,000 orang yang berada di depoh tahanan imigresen sudah dihantar pulang dan program ini masih berlangsung dengan penyelarasan teliti antara kedua-dua negara.

Memetik data rasmi, menurutnya kira-kira 800,000 pekerja migran Indonesia berada di Malaysia.

Mengulas mengenai dokumentari diterbitkan media antarabangsa Al Jazeera mengenai dakwaan penganiayaan terhadap pekerja asing di Malaysia, yang mencetuskan kontroversi beliau berkata, pandemik Covid-19 bukanlah situasi mudah untuk diuruskan mana-mana negara.

Agung percaya langkah pencegahan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan Malaysia untuk memerangi Covid-19 diambil bagi memastikan protokol kesihatan dipenuhi.

"Saya cuba memahami apa sahaja dilakukan kerajaan Malaysia untuk menjaga kesejahteraan rakyat, termasuk semua migran yang berada di Malaysia.

"Kami di Kedutaan Indonesia sedar kerajaan Malaysia telah bertungkus lumus mengatasi keadaan ini. Saya yakin secara beransur-ansur ia akan memberi manfaat kepada pekerja migran apabila ekonomi dapat dibuka semula dengan lebih cepat dan mereka dapat kembali bekerja," katanya.



Tidak ada negara yang beri kebebasan kepada PATI, Saya cabar Al Jazeera tunjuk bukti

Posted by Lazdrop Asia on Monday, July 6, 2020

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)