Imam sepatutnya tunjuk contoh yang baik kepada orang - Siti Kasim





Baru-baru ini heboh dengan isu penceraian antara seorang Imam Muda Faris dan Nur Hidayu disebabkan oleh krisis keluarga mereka. Namun isu tersebut mendapat respond daripada pelbagai pihak termasuk peguam sensasi Siti Kasim. 

Satu posting yang dipetik daripada Facebook milik beliau, beliau menyatakan bahawa tindakan ini memalukan status sebagai seorang imam dimana status imam ini dipandang mulia dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini. Pada masa yang sama beliau mengkritik program TV di Malaysia yang memperalatkan agama untuk kepentingan sendiri dan akhirnya memberi kesan negatif terhadapa agama Islam. 

"IMAM?

"Sepatutnya sebagai seorang Imam, dia tunjuk tauladan yang baik kepada orang lain..

"Inilah produk program TV Malaysia ni.. Menggunakan ugama untuk rating mereka. Akhirnya Islam juga yang tercalar.

"Manusia akan sentiasa penuh dengan kekurangan, dan masalah orang muda ini banyak terjadi di kalangan orangramai. Tetapi sebab dia hasil dari program TV, cerita dia jadi satu tumpuan.

"Bila sesuatu program TV menunjukkan orang yang menyertai itu berlandaskan sesuatu ugama atau kefahaman, peserta-peserta adalah wakil kepada agama-agama tersebut. Jadi, bila peserta-peserta tersebut kantoi dalam kehidupan mereka, ini melibatkan anggapan terhadap agama-agama yang mereka wakili. Orangramai akan menyoal adakah ini standard atau kualiti seorang Imam dalam Islam? Apakah pandangan agama Islam terhadap suami yang sebegini? Bermacam soalan dan pandangan yang akan kita dengar.

Adalah lebih baik sekiranya TV di Malaysia tidak mempromosikan acara-acara yang begini menggunakan agama." - Siti Kasim


IMAM? Sepatutnya sebagai seorang Imam, dia tunjuk tauladan yang baik kepada orang lain.. Inilah produk program TV...

Posted by Siti Kasim on Wednesday, July 29, 2020

 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)