Hargai doktor, serap doktor kontrak jadi tetap - Mohd Hatta



Kerajaan digesa untuk mencari kaedah terbaik untuk menyerap doktor lantikan kontrak secara tetap sebagai menghargai pengorbanan barisan hadapan itu ketika berdepan pandemik COVID-19.
Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, kedudukan mereka sebagai kakitangan kontrak tidak menjamin peluang mereka dalam latihan bidang kepakaran pada masa hadapan.

"Mereka tidak ada peluang dalam sistem kontrak untuk menjalani latihan kepakaran secara khusus," katanya ketika membahaskan Titah Diraja DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Mohd Hatta berkata, meskipun sistem kontrak itu mungkin bersifat sementara namun langkah itu hanya mengekang mereka untuk dapat menjalanI latihan kepakaran.

"Tetapi dalam situasi COVID-19, untuk menghargai sumbangan mereka adalah dengan menyediakan pekerjaan tetap kepada mereka. Hargai mereka, sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelegaan kepada mereka," katanya.
Beliau memberitahu, banyak lagi hospital yang difahamkan bersedia untuk menyediakan latihan kepakaran kepada mereka termasuk pemberian biasiswa.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja