Diusir keluar dan 'blacklisted' daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengusir keluar lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir dari negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud melalui satu kenyataan lewat malam tadi berkata, lelaki tersebut akan turut disenarai hitamka dari memasuki negara ini.

“Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” memetik kenyataan tersebut.

Khairul menjelaskan lelaki yang dikehendaki tersebut di tahan pada Jumaat, jam 5.45 petang di Setapak.

“Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan warganegara Bangladesh yang dikehendaki, Md Rayhan Kabir telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya pada hari Jumaat, 24 Julai 2020 jam 5.45 petang, di Setapak Kuala Lumpur.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama 2 minggu,”

Beliau turut mengucapkan tahniah keatas semua pegawai yang terlibat di atas usaha dan komitmen mereka sehingga tertangkapnya lelaki yang paling dikehendaki itu.

Lelaki tersebut di buru kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas ketika ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya sebelum ini.

Pemuda berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)