Covid-19 Aishwarya Rai dimasukkan ke hospital kerana sukar bernafas


Bintang Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya dimasukkan ke sebuah hospital di sini, selepas sukar bernafas.

Hindustan Times yang memetik sumber yang memberitahu agensi berita PTI melaporkan, dua beranak itu yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 itu berada dalam keadaan baik.

"Aishwarya memerlukan bantuan perubatan," kata sumber berkenaan.

Media sebelum ini Abhishek Bachchan mengesahkan menerusi Twitter bahawa isterinya itu dan anak mereka, Aaradhya positif Covid-19.

Abhishek dan bapanya, Amitabh Bachan juga disahkan positif virus dan sebelum ini dimasukkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, ketika itu, Aishwarya Rai dan Aaradhya hanya menjalani pengasingan sendiri di kediaman mereka.

Pada masa sama ibu, Abhishek disahkan negatif Covid-19.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja