BN dan Pas didakwa hanya memainkan isu buku Rebirth untuk kelirukan rakyat- Adun DAP


Adun mendakwa ianya isu kecil...

DAP dilihat seperti bersetuju dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang mengubah suai Jata Negara apabila ‘membela’ mereka yang mencetuskan kontroversi berkenaan.

Ini setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong menggesa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) jangan membesarkan isu kecil dan terlalu sensitif terhadap karya seni yang tidak selari dengan pandangan sendiri lalu menindasnya menggunakan jentera kerajaan.

Menerusi kenyataan disiarkan media DAP – The Rocket – pada 30 Jun lalu, beliau turut mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) dan Pemuda PAS yang membesarkan isu tersebut dan memanupulasi emosi rakyat demi manfaat politik.

Yoke Kong mendakwa, tindakan tersebut mencerminkan kejahilan mereka tentang bidang seni sekali gus tidak menghormati hasil karya serta kebebasan bersuara.

“Hari ini rakyat terutamanya anak seni tempatan melihat kerajaan pimpinan PN tidak dapat bertolak ansur dengan satu karya seni kecil.

“Rakyat tertanya-tanya bagaimanakah kerajaan pimpinan PN boleh berbuat sebaliknya dengan melakukan keganasan putih pada masa yang sama menggalakkan anak seni tempatan berkarya dan mengekspresi kreativiti mereka dengan bebas?

“Kerajaan jelas bercadang menghasilkan karya seni bertaraf antarabangsa yang dapat menembusi pasaran luar negara, tetapi kini ianya kedengaran seperti hanya sebuah fantasi dan mimpi,” katanya sinis.

Sebelum ini, buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia suntingan penulis, Kean Wong tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen kerana mempamerkan logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Buku itu diharamkan Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa semalam.

Menurut Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020, ia membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku berkenaan

Kerajaan Mengharamkan Buku Rebirth

Kerajaan mengharamkan buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia' selepas didakwa menghina Jata Persekutuan pada kulit hadapannya.

Menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Julai dan disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pengharaman terhadap buku tersebut diambil mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020.

Dalam warta itu, buku tersebut dilarang dicetak, diimport, dihasilkan dan diterbitkan semula, dijual, diedar dan dimiliki.

Buku yang diterbitkan oleh syarikat strategik dan pembangunan penyelidikan yang beralamat di Petaling Jaya itu dipercayai boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia," kata warta itu.

Baru-baru ini, buku tersebut tular di laman Facebook selepas muka hadapannya memaparkan lukisan mirip Jata Negara dengan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.


Kesimpulannya ialah nak berpolitik silakan, tapi jangan sampai menghina negara Malaysia.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)