Apa kekurangan atau salah saya abang? - Nur Hidayu




"SAYA pernah tanya dia, apa kekurangan atau salah saya abang? Dia cakap, saya tidak ada apa-apa salah pun. Ini kerana dia berkeinginan dan mampu untuk berkahwin lagi," kata bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly mengenai tempoh 13 tahun perkahwinan mereka.

Nur Hidayu yang juga ibu kepada lima anak berkata, dia pernah menghantar gambar perkahwinan mereka ketika masih dalam tempoh edah tetapi kecewa dengan jawapan diberikan bekas suami.

"Dalam tempoh edah boleh rujuk. Jadi, tak ada masalah pun sebab bukan hantar gambar tak tutup aurat. Namun, lima minit selepas itu dia balas meminta saya menjaga akhlak dan adab. Dia cakap kecantikan saya itu sekejap saja. Saya fikir mungkin sebab saya sudah melahirkan lima anak, jadi nampak lain.

"Saya reda. Bukan kata sudah lama dengan dia atau apa, tapi saya fikir di akhirat nanti. Kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila. Daripada saya ada dosa dengan suami, lebih baik tak bersama supaya antara kami saling tak ada dosa. Andai masih bersama pun dan teruskan poligami, belum tentu lagi dia dapat berlaku adil," katanya.

Nur Hidayu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia ujian buat Allah untuk dirinya.

Menurutnya, ketika ini ibu bapa, keluarga dan anak-anak menjadi penguat dirinya.

"Mak pernah marah saya dan suami, tapi saya tak boleh kalau orang hina suami saya sebab sudah 13 tahun kami bersama. Memang ada berlaku konflik dengan emak. Katanya, jika saya datang berhari raya ikut pintu depan, dia akan keluar ikut pintu belakang.

"Daripada saya hilang keluarga, baik saya reda suami kahwin lain. Ini kerana emak ada satu saja di dunia. Saya cerita masalah rumah tangga kepada keluarga pun selepas Januari lalu ketika suami beritahu sudah kahwin lain.

"Keluarga kedua belah pihak pun sudah berjumpa, tapi dia masih bertegas dengan keputusan dibuat. Saya cakap pada anak-anak mungkin jodoh kami sudah tiada. Anak ada tanya saya tak sayang abah merekakah? Saya cakap sayang, sebab sudah 13 tahun," katanya.

Nur Hidayu juga berkongsi, dia merancang untuk menunaikan umrah bersama suami pada hujung tahun ini.

"Saya berharap nak pergi umrah dengan suami dan merancang nak pergi hujung tahun ini. Saya cakap nak pimpin tangan dia, tapi tak kesampaian hajat saya. Dah tidak ada jodoh," katanya.

Terdahulu, Nur Hidayu mendedahkan kepada Harian Metro yang Syed Faris atau nama sebenarnya Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, menceraikannya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Syed Faris bagi mendapatkan reaksinya sejak semalam tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu menceraikan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja