Abdul Azeez sahut cabaran Mujahid debat isu tabung haji


Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof untuk berdebat berkaitan isu TH.

Menurut Abdul Azeez, beliau dengan jiwa terbuka bersetuju dengan ajakan debat yang dibuat oleh Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

"Hari ni saya mendapat satu jemputan debat dan saya dengan jiwa yang terbuka bersetuju dengan cadangan ini.

"Semoga ahli panel yang dicadangkan, YB Parit Buntar dapat memberikan jawapan untuk cadangan debat ini.

"Saya menunggu maklum balas daripada pencadang sama ada YB Parit Buntar sudi dengan jemputan ini. Kebetulan hari raya korban nak dekat dah ni...," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling memberikan cadangan supaya debat bertajuk 'Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ diadakan pada jam 8.30 malam, Selasa ini (28 Julai) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau turut menyarankan supaya Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional (AKAR), Ayatullah Helme Mohd Hanafi dipilih menjadi moderator untuk perdebatan tersebut.

Semalam, media melaporkan Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai kedudukan institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu dan dakwaan-dakwaan perkembangan TH sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, beliau juga tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Katanya, beliau mahu berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen Baling itu galak mencelah ketika beliau berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja