Presiden Parti Amanah Rakyat(PAN) Mohammad Sabu meluahkan rasa kecewa terhadap corak kepimpinan Perikatan Nasional apabila pembebasan Musa Aman dan Reza Aziz daripada pertuduhan menerusi akaun Facebooknya.
Mat Sabu menyatakan bahawa sekiranya Perikatan Nasiona(PN) terus memerintah, akan terjadi lebih banyak kerosakan di negara ini kerana pertubuhan kerajaan PN adalah bukan pilihan rakyat dan tiada manifesto seperti Pakatan Harapan yang mempunyai manifesto yang tak tertunai.
Tambah beliau lagi, Perikatan Nasional mendapat kuasa dengan cara yang tidak betul iaitu dengan merampas mandat rakyat daripada Pakatan Harapan walaupun masalah keruntuhan Pakatan Harapan itu jelas disebabkan oleh masalah ahli dalam parti komponen itu sendiri.
Mandat rakyat PRU14 yang lepas perlu dikembalikan." - Mat Sabu. Sumber : Facebook Mohamad Sabu
Mat Sabu menyatakan bahawa sekiranya Perikatan Nasiona(PN) terus memerintah, akan terjadi lebih banyak kerosakan di negara ini kerana pertubuhan kerajaan PN adalah bukan pilihan rakyat dan tiada manifesto seperti Pakatan Harapan yang mempunyai manifesto yang tak tertunai.
Tambah beliau lagi, Perikatan Nasional mendapat kuasa dengan cara yang tidak betul iaitu dengan merampas mandat rakyat daripada Pakatan Harapan walaupun masalah keruntuhan Pakatan Harapan itu jelas disebabkan oleh masalah ahli dalam parti komponen itu sendiri.
"Pembebasan Musa Aman dan sebelum ini Reza Aziz menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata mengeluh tentang budaya baru yang dilihat kurang senang ini.
Demi memperkukuhkan kedudukan, kerajaan PN sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka terus berkuasa. Hal ini bukanlah pelik kerana cara mereka mendapatkan kuasa juga melalui satu jalan yang diluar normal demokrasi."
"Adakah masih ramai perasuah dan penyangak bakal dibebaskan? Segalanya sudah tidak mustahil di bawah kerajaan PN ini.
Kelak, generasi baru akan dapati persepsi luar terhadap negara kita akan semakin negatif yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi dan kestabilan negara.
Apa pandangan anda tentang isu ini? Adakah benar rakyat masih perlukan PH untuk berkhidmat untuk rakyat atau rakyat dah muak dengan janji palsu PH? Jangan lupa like dan share!