PH dah tak minat ambik alih kerajaan, maafkan kami rakyat



Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia susulan keputusan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak sependapat dengan ahli PH lain, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mahukan beliau.

“Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju. Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia.

"Jadi, itulah keadaan sekarang, tergantung-gantung, tidak ada keputusan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak berminat untuk kalahkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya.

Bekas perdana menteri itu ditemui selepas menghadiri program sembang santai bersama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi, malam tadi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas keputusan PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar, jika PH berjaya mengambil alih kerajaan.

DAP dan Amanah pula memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan Anwar dilihat gagal memperoleh sokongan.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)