DAP sekarang mengamalkan atau hanya menggunakan slogan prinsip "Amal Makruf Nahi Mungkar" bagi memenangi hati rakyat khususnya Melayu Islam di Malaysia. Pelbagai usaha murni dapat dilihat di sosial media seperti memberi sumbangan dari rumah ke rumah orang susah.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menerusi posting beliau di Facebook menyatakan bahawa DAP telah berbakti dan berjasa kepada rakyat sejak 1966. Beliau menyeru supaya rakyat tidak mudah termakan fitnah kerana ilahi lebih mengetahui niat mereka(DAP) dalam usaha membantu rakyat (lebih-lebih lagi nak memenangi semula hati rakyat).
"Amal maaruf nahi mungkar. Sejak 1966, berbakti, berkhidmat & berjasa adalah akhlak mulia yang kami dokong & perjuangan DAP. Jangan layan cemuhan, kritikan ataupun fitnah berdusta, Ilahi tahu naiwatu dalam hati & akan memberkati usaha murni ini selagi kami ikhlas membantu. ♥️♥️ " - Nga Kor Ming