3 Pemabuk Maut Minum ‘Hand Sanitizer’


Tiga orang dilaporkan telah meninggal dunia manakala tiga lagi berada dalam keadaan kritikal dan seorang buta kekal selepas menelan hand sanitizer yang mengandungi metanol, lapor New York Times.

Kes paling awal yang dilaporkan kepada Pusat Maklumat Racun dan Kawalan Dadah New Mexico adalah pada 7 Mei lalu dan selebihnya berlaku selepas 29 Mei.

Jurucakap dari Jabatan Kesihatan mengatakan bahawa kes-kes tersebut berkait dengan alkoholisme dan menyatakan bahawa hand sanitizer diminum kerana ia mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah memberi amaran kepada pengguna agar tidak membeli sembilan produk pembersih yang dihasilkan  di Mexico kerana mengandungi metanol yang boleh menjadi toksik jika diserap melalui kulit dan tertelan.

Sama ada produk yang terlibat dalam kematian tersebut termasuk yang disenaraikan dalam nasihat sedang disiasat, menurut Jabatan Kesihatan.

Menurut seorang profesor di University of New Mexico, Brandon Warrick, hand sanitizer kebiasaannya mengandungi alkohol etanol atau isopropil namun menjadi beracun apabila mengandungi metanol.

Menelan metanol boleh membawa maut dan jika ada yang masih hidup, kebutaan atau kerosakan otak merupakan kesan sampingan yang biasa kerana toksin merosakkan saraf optik dan otak.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja