Siti Kasim yang juga aktivis sosial telah meluahkan rasa sedih di atas kem4tian seorang rakannya yang terlibat kemalangan akibat dilanggar pemandu mabuk dalam satu hantaran di Facebook.
Sedih dengan kejadian menimpa Allahyarham Khairul Anuar, peguam itu mengenang kembali detik pertemuan beliau bersama temannya lebih sedekad lalu.
” Pertama kali bertemu dia kira-kira 11 tahun lalu pada malam larian untuk Orang Asli.
” Saya tak berlari. Saya di situ untuk memberi sokongan moral kepada pelari yang terlibat mengumpul dana untuk Orang Asli.
” Saya harus mengakui bahawa saya kagum padanya lagipun dia ada rupa yang baik dan percaya dengan apa yang saya lakukan.
” Seorang lelaki yang kuat dengan sifat belas kasihan kepada yang memerlukan.
” Saya harap dia dikelilingi lebih banyak kasih sayang sewaktu hayatnya. Saya juga harap sifat kasih sayang itu juga telah ditunjukkan oleh saya kepadanya.
” Kamu akan sentiasa dalam ingatan dan kerinduan selamanya, Khairul Anuar,” luah Siti dalam hantaran di Facebook semalam.
Khairul Anuar dilapor m4ut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu negara dekat sini, jam 6 pagi semalam.
Khairul, 42, yang juga pembonceng motosikal meninggI dnia di tempat kejadian dan rakannya dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kedua-dua mangsa merupakan pekerja syarikat kurier yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Terima beribu emoji ‘ketawa’..
Sementara itu menerusi pemerhatian di ruangan komen Facebook Siti Kasim, segelintir pihak dilihat mempersoalkan kewajaran lebih 5,200 tanda ‘ketawa’ yang diberikan warga maya ke atas hantaran tersebut.
” Sangat tidak faham bagaimana sesetengah orang boleh meletakkan emoji ketawa. Apabila ia (kem4tian) berlaku kepada kamu atau keluarga kamu nanti mungkin kamu akan faham bagaimana perasaan orang lain,” tulis Vetri.
” Ini tidak betul. Mengapa orang bertindak seperti ini? Apa yang telah terjadi pada masyarakat kita sekarang. Malu pada mereka ini kerana telah hilang semua rasa kesopanan dan diselubungi oleh kebencian. Tidak ada agama yang akan membenarkan tingkah laku tersebut,” tulis Kawaljeet pula.
Namun, ramai juga yang mengucapkan takziah dan simpati, sambil menyifatkan Khairul Anuar seorang yang meminati muzik rock dan gemar membuat amal kebajikan.
Siti Kasim minta larang sekolah tahfiz juga kerana..
Perdebatan hangat di ruangan komen hantaran Siti itu dipercayai susulan kenyataan aktivis tersebut beberapa hari lalu yang membantah cadangan PAS agar lesen jualan arak digantung sehingga langkah diambil bagi membanteras gejala pemandu mabuk.
Menganggap cadangan itu tidak munasabah dan bersifat berat sebelah, Siti berkata masalah berpunca akibat sikap cuai pemandu.
” Alkohol bukanlah masalahnya. Peminum yang tidak bertanggungjawab adalah masalahnya. Sama seperti sekolah tahfiz tidak menjadi masalah. Pengurusan yang menguruskan sekolah adalah masalahnya.
” Anda mahu melarang alkohol hanya kerana ia sesuai dengan anda? Maka larang sekolah tahfiz juga kerana banyak merosakkan anak-anak kita yang tidak bersalah,” tulis Siti pada hantaran empat hari lalu.
Namun ada dalam kalangan penyokong Siti Kasim mendakwa mereka yang ketawa itu kurang didikan agama dan memalukan bangsa sendiri...
Namun ada dalam kalangan penyokong Siti Kasim mendakwa mereka yang ketawa itu kurang didikan agama dan memalukan bangsa sendiri...
Apa pandangan anda tentang isu ini? Jangan lupa like dan share!