Ustaz meninggal dunia ketika membaca Al Quran


Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah.

Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, Mehmed Ali Seflek Hodja, 96, yang menjadi bualan ramai.

Jenazahnya ditemui dalam keadaan kepalanya terbaring di atas halaman muka surat al-Quran, akibat serangan jantung malam Selasa lalu.

Memetik portal Haberurfa, warga emas itu sememangnya uzur akibat faktor lanjut usia.

Sepanjang hayatnya, Seflek mengabdikan dirinya dalam mengembangkan ilmu al-Quran dengan menjadi tenaga pengajar kepada ribuan pelajar.

Kematian Seflek turut mendapat perhatian artis dan penyair, Dursun Ali Erzincanlı yang pernah memenangi hati jutaan orang daripada karya cinta nabi, yang menzahirkan duka cita atas kematian Seflek.

"Permata berharga Nazilli, Ali Şeflek kembali kepada pencipta semasa membaca al-Quran.

"Semoga syurga tempatnya," katanya.

Seflek dikebumikan di tanah perkuburan Eğriboyun selepas solat jenazah di Masjid Koca, Nazilli.

Kematian yang dicemburui, sedekahkanlah Al Fatihah buat arwah.

Jangan lupa like dan share yer


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja