Ustaz Ismail Kamus dalam keadaan stabil, doakan



PENGARAH Ikhtiar Syifa yang juga Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh menafikan Datuk Ismail Kamus sudah meninggal dunia.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook Ikhtiar Syifa HQ memaklumkan, Ismail masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Khabar angin mengatakan Ustaz Ismail Kamus meninggal adalah palsu.


"Jangan putus harapan dan teruskan berdoa kepada beliau. Pada Allah jua kita meletakkan setinggi-tinggi harapan," katanya.

Terdahulu, anak Ismail iaitu Mohd Firdaus memaklumkan keadaan bapanya bertambah baik.

Bagaimanapun, katanya, jantung Ismail masih lemah dan diberikan ubat untuk sokongan.
 



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja