Syanie dah buang ovari rahim, semoga Syanie tabah dan Allah sayang Syanie



IBARAT nyawa di hujung tanduk. Itulah perasaan yang bermain di fikiran ahli keluarga pelakon Syanie Hisham, 46, yang menantikan keputusan pembedahannya berjalan selama tujuh jam di sebuah pusat perubatan swasta pada 29 April lalu.

Menjalani pembedahan membuang rahim dan kedua-dua ovari, Syanie berkata ibunya antara individu yang paling risau mengenai keadaannya dan tidak putus berzikir serta menunaikan solat sunat.

Bagaimanapun, Syanie memanjatkan rasa syukur apabila proses pembedahan berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa komplikasi.

"Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan buang rahim dan ovari dilakukan itu. Pembedahan yang disangka mengambil masa tiga jam, tapi selesai selama tujuh jam.

"Memandangkan hanya adik saya saja yang boleh teman di hospital dan diminta tunggu di wad, jadi seluruh keluarga amat risau dengan keadaan saya.

"Mereka kerap menghubungi dan menghantar mesej kepada adik   untuk mengetahui perkembangan kerana tidak menyangka proses pembedahan memakan masa yang lama.

"Sebenarnya,ketika pembedahan berlaku beberapa komplikasi seperti darah tak cukup dan ovari saya bernanah. Malah doktor yang merawat juga memaklumkan ini antara pembedahan yang paling sukar pernah dilakukannya," katanya.

Menurut Syanie, dia tidak menyangka masalah di bahagian ovari yang dihidapi 20 tahun lalu berulang kembali, dan terdapat ketumbuhan pula pada bahagian rahimnya.

"Dua minggu sebelum dimasukkan ke hospital, saya mengalami masalah senggugut teruk dan demam panas hingga nekad membuat pemeriksaan di hospital kerana bimbang dengan keadaan diri.

"Lagipun 20 tahun lalu, saya pernah menjalani pembedahan membuang nanah di ovari kanan sebanyak satu liter. Jadi secara tidak langsung saya terfikir adakah masalah lama berulang lagi.

"Namun kali ini tak sangka apabila hasil pemeriksaan doktor memaklumkan ada tiga ketulan di bahagian rahim yang perlu dibuang dan kedua-dua ovari saya dijangkiti kuman," katanya.

Tambah Syanie yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-46 semalam, dia menganggap setiap yang berlaku terhadap dirinya adalah ujian daripada Allah SWT.

"Proses pembedahan kali ini amat berbeza dan menakutkan, walaupun saya sudah beberapa kali menjalani pembedahan. Keadaan saiz saya dan faktor usia yang sudah meningkat membuatkan jadi lebih takut.

"Saya akui pernah terfikir mengapa semua ini berlaku kepada saya, tetapi menganggap apa yang berlaku ini sudah ditentukan oleh Allah.

"Ia adalah salah satu ujian hidup dan saya reda dengan apa yang berlaku. Namun, berharap penyakit dialami ini segera pulih," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja