Seorang pendakwah yang terkenal dengan ketegasannya dalam teguran mengumumkan akan bersara daripada dunia dakwah selepas membuat 1 laporan polis dan hendak fokus kepada bidang perniagaan hartanah. Beliau juga berhasrat dengan hasil usaha perniagaannya, akan disumbangkan kepada netizen yang memerlukan.
"Alhamdulillah. Baru selesai di Ibu Pejabat Polis.
Saya mungkin akan bersara dalam dunia dakwah dan beralih ke dunia perniagaan hartanah.
InsyaAllah hasil perniagaan saya akan sumbangkan kepada netizen yang memerlukan. Doakan."
Dakwah adalah tanggungjawab kita bersama sesama umat Islam, apa saja yang kita buat mudahan-mudahan mendapat keredhaan Allah SWT sebab hidup kita bertujuan untuk mencari keredhaan Allah. Semoga kita semua umat Islam bersatulah hendaknya, kiamat semakin mendekat. Perbanyakkan amal dan ibadah kepada Allah SWT.