Saya mahu jadi Perdana Menteri yang membela Islam



BANGI – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadi Perdana Menteri yang jelas pendirian dan keyakinan terhadap Islam, sekiranya diberikan ruang dan peluang menjawat jawatan tersebut.

Presiden PKR itu berkata, beliau bercita-cita untuk tampil sebagai tokoh yang mengutamakan Islam dan pada masa yang sama mengasihani penganut agama lain.

“Saya mahu, Insya-ALLAH jika diberi ruang untuk mentadbir negara ini, saya akan mentadbir sebagai tokoh yang jelas pendirian dan keyakinan dalam Islam.

“Malah, saya juga mahu dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin dan mengasihani kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam,” katanya, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau berbuka puasa dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah (KDH).

Pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut melahirkan penghargaan kepada ABIM kerana kekal setia bersamanya ketika beliau dif1tnah kepimpinan lama.

“Cara paling Iicik kerajaan lalu ialah mer0sakkan imej saya, juga sebagai seorang Muslim namun, dengan adanya kawan-kawan ABIM yang membantu dan menjelaskan bahawa mereka lebih mengenali Anwar.

“Ini banyak membantu menyelamatkan saya daripada f1tnah BN,” kata Anwar.

Majlis ini juga dianjurkan untuk meraikan setahun Anwar keluar penj4ra yang turut dihadiri Presiden Wadah, Ahmad Azam Abd. Rahman dan Presiden ABIM merangkap ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Sumber : cempedakcheese via soyalemon

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja