Peniaga rugi RM802,800 ditipu Macau Scam



SEREMBAN - Akibat terpedaya dengan helah penipuan sindiket Macau Scam, seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila menanggung kerugian sebanyak RM802,800 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa merupakan warga emas berusia 61 tahun itu bagaimanapun menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi sebelum membuat laporan polis semalam.

Dalam kejadian tersebut katanya, mangsa dihubungi suspek kononnya dari Pos Laju Malaysia, memberitahu mengenai bungkusan dari Sabah berisi kad pengenalan dan kad kredit mangsa sebelum panggilan berkenaan disambungkan kepada seorang 'anggota polis' dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang mendakwa mangsa terlibat dengan kes penjualan dadah dan pengubahan wang haram.

"Mangsa turut diberitahu boleh dikenakan penjara seumur hidup bagi kesalahan itu," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta membuka akaun di Bank Rakyat dan diminta memasukkan semua wangnya dari bank lain ke akaun berkenaan bagi memastikan beliau bebas daripada jenayah.

Aibee berkata, bimbang perkara tidak diingini berlaku terhadapnya, mangsa akur arahan suspek dan membuat pindahan kali pertama pada 8 April lalu berjumlah RM245,600.

"Pada hari sama, mangsa turut pindahkan wang dari akaun Maybank berjumlah RM107,300 dan disusuli wang dari akaun lain pada 14, 20, 27 dan 29 April yang jumlah keseluruhan RM802,800," katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya sedar ditipu apabila suspek gagal dihubungi dan membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja