Pengawal keselamatan disiasat pecah masuk kios jual emas


TIGA pengawal keselamatan sebuah pasar raya ditahan bagi membantu siasatan kes pecah masuk kios menjual emas di pasar raya berkenaan di Sungai Petani, semalam.

Tiga lelaki berusia 30 hingga 51 tahun itu ditahan antara 12 tengah hari sehingga 8 malam di sekitar Sungai Petani.

Kelmarin, pemilik kios menjual emas berkenaan mendakwa kerugian RM500,000 selepas peti besi yang mengandungi wang tunai dan barangan kemas dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian disedari pekerja kios itu semasa mahu membuka operasi untuk memulakan perniagaan pada 10 pagi semalam.

"Peti besi berkenaan dikatakan berisi wang tunai dan pelbagai barang kemas seperti rantai leher, tangan dan kaki, cincin, subang dan loket.

"Polis bertindak mengesan dan menahan tiga pengawal keselamatan terbabit sebaik sahaja menerima laporan polis berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kios berhampiran mendapati lima lelaki membawa keluar peti besi dari kios menjual emas itu menggunakan troli pengangkat barang.

Katanya, ketiga-tiga pengawal keselamatan yang ditahan dikatakan bertugas pada malam kejadian sekitar 10 malam sehingga 7 pagi.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman lima hari sehingga 15 Mei ini bagi membantu siasatan.

"Semakan mendapati seorang suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja