Pekerja kilang maut motosikal bertembung MPV



BUTTERWORTH - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Nyior di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.05 pagi itu, mangsa, Muhammad Azuan Azhari,23, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Jalan Heng Choon Thian menuju ke Seberang Jaya manakala kenderaan MPV jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang jururawat berusia 40 tahun pula dari arah Seberang Jaya menuju ke tempat kerja di Taman Bagan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika mereka sampai di persimpangan itu, lampu isyarat di kedua-dua laluan berkenaan menunjukkan warna hijau dan mereka yang membelok arah sama dikatakan bertembung di tengah jalan.

"Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal terbabit tercampak ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala.

Katanya, setakat ini polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan beliau meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nursyafinaz Abd Aziz di talian 018-2881424.

Tambahnya, mereka juga boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara di talian 04-5741427 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber : Sinar Harian


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja