Pasangan kekasih kena tangkap basah di hotel bajet


PASANGAN kekasih antara enam individu ditahan dalam operasi Op Covid-19 Klang Utara di sebuah hotel bajet di Pusat Perdagangan Bandar Sultan Suleiman, di Pelabuhan Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pada 2.30 petang , pasukan pemantau Covid-19 dengan kerjasama penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) ke lokasi untuk membuat pemeriksaan kerana hotel terbabit beroperasi tanpa kebenaran.

"Sebaik pemeriksaan dibuat, polis mendapati terdapat dua pekerja wanita di kaunter hotel yang mengaku sebagai penjaga kaunter hotel.

"Pemeriksaan di dalam hotel mendapati ada tiga pelanggan yang menyewa bilik hotel termasuk sepasang kekasih di salah sebuah bilik dengan memberi alasan hanya pertemuan biasa.

"Polis juga mendapati seorang warga Bangladesh yang mengaku penjaga hotel dan memaklumkan hotel beroperasi di atas arahan bosnya yang juga pemilik hotel terbabit, " katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nurulhuda berkata, polis menahan keenam-enam individu yang berusia antara 26 hingga 48 tahun itu untuk siasatan lanjut.

"Polis menahan tiga pekerja hotel itu iaitu dua wanita tempatan dan seorang lelaki Bangladesh, serta tiga pelanggan iaitu seorang lelaki tempatan dan sepasang kekasih warga tempatan.

"Enam individu terbabit ditangkap kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

"Polis turut merampas buku resit hotel dan beberapa rangkai anak kunci bilik hotel bagi membantu siasatan. Keenam-enam individu terbabit akan direman hari ini," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati hotel terbabit baru beroperasi semalam dan siasatan masih diteruskan.

"Pemilik hotel juga akan dipanggil esok bagi membantu siasatan," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja