Mereka tak gurau pun, siapa kita nak pertikai niat orang? Ini penjelasan Menteri Agama...



Baru-baru ini tular beberapa gambar individu yang membaca khutbah Solat Sunat Aidilfitri dengan memegang pelbagai jenis object dijadikan sebagai tongkat mendapat teguran umum oleh Menteri Agama Malaysia Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bahawa jangan jadikan tongkat membaca khutbah sebagai bahan jenaka. 

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat ​​hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

Namun teguran itu kurang disenangi oleh beberapa pihak yang mendakwa kita tidak tahu niat  seseorang sama ada sengaja atau tidak. 

"Mereka tak gurau pun. Dah kebetulan itu je ada dan niatnya adalah untuk tongkat, sapa kita nak pertikai niat orang? Saya sendiri belit besi dengan kain semlam. Dan saya tak pikir benda tu lawak pun

Kalau anda pikir benda tu lawak tu masalah anda la."

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi respond kepada dakwaan itu dan menjelaskan bahawa itu adalah teguran secara umum.

"Cuba baca semula tweet pertama saya. Saya tidak pertikai niat sesiapa. Ianya cuma nasihat umum. Ya, anda juga tidak tahu mereka bergurau atau tidak. Terima kasih atas keprihatinan."









 Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah ianya satu bahan jenaka atau memang niat mereka tidak sedemikian.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)