"Mahkamah akhirat masih ada..." - Ustaz Abu Syafiq



Berhubung isu tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, pendakwah kontroversi, Ustaz Abu Syafiq berkata dia dia tetap akan menuntut haknya termasuk di ‘mahkamah akhirat’ jika tidak mendapat keadilan di dunia.

“Berbeza pandangan dalam kerangka hujah dan dalil itu boleh. Namun menfitnah saya atau orang Islam lain adalah dosa besar

“Mahkamah ‘di sana’ (akhirat) kelak, juga saya akan tuntut. Jika tidak di mahkamah dunia, mahkamah akhirat masih ada. Saya akan mengadu ke hadrat Robbul ‘Izzah Tuhan Yang Maha Bijaksana,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, kes tersebut dikatakan bermula berikutan isu status di Facebook Ustaz Abu Syafiq yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew, kemudian akaun Facebooknya dinyahaktif kerana dikatakan telah digodam.

Perkara itu mendapat perhatian Amin Idris yang tampil memberikan teguran di atas tindakan Ustaz Abu Syafiq itu dan rata-rata netizen menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Amin Idris.

Susulan itu, Amin Idris memaklumkan dia menerima surat daripada peguam Abu Syafiq menuntut RM1 juta berserta permohonan maaf.

Bagaimanapun Amin enggan meminta maaf dan tidak mahu membayar ganti rugi yang diminta, sebaliknya dia turut menyediakan peguam untuk menentang Ustaz Abu Syafiq.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja