KEJAYAAN ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI (ZTNS) MEMBIAK HARIMAU MALAYA DALAM MUSIM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menerima kehadiran tiga ekor anak Harimau Malaya di dalam musim tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 12 April 2020. Ibu dan anak Harimau Malaya tersebut adalah dalam keadaan baik dan stabil. Berat anak Harimau Malaya tersebut dianggarkan seberat 700 gram hingga 900 gram, dilahirkan oleh ibunya seekor Harimau Malaya dewasa berusia 11 tahun yang turut dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari pada tahun 2009.  Kini Zoo Taiping mempunyai 8 ekor Harimau Malaya termasuk anak yang baru dilahirkan tersebut.

Pada masa ini, penjaga haiwan ini masih membiarkan si ibu dan anaknya  'selesa dan selamat' di tempat kurungan dan dipantau dengan kerap bagi menjamin keselamatan haiwan tersebut. Pihak ZTNS juga sentiasa memastikan pemberian diet yang mencukupi dan kawasan kandang haiwan sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan keselesaan si ibu dan anaknya.

ZTNS akan sentiasa berusaha dalam membantu negara dalam memainkan peranan dalam usaha pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai hidupan liar di negara ini. Semoga sasaran penambahan populasi Harimau Malaya meningkat menjadi 500 ekor dalam tempoh lima tahun akan datang dapat menjadi kenyataan.

#harimaumalaya
#saveourmalayantiger
#zootaiping&nightsafari
#majlisperbandarantaiping
#zootaiping

'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping

Jumaat, 1 Mei 2020 | 4:36pm

IPOH: Zoo Taiping and Night Safari, Taiping menerima 'ahli baharu' dengan kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya 'Panthera Tigris Jacksoni' pada 12 April lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir, berkata anak harimau yang belum diketahui jantina itu dilahirkan dengan anggaran berat 700 hingga 900 gram setiap seekor oleh induk yang turut dilahirkan di zoo berkenaan pada 2009.

"Ini menjadikan Zoo Taiping and Night Safari kini mempunyai lapan ekor Harimau Malaya termasuk anak yang baru dilahirkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tempoh penceraian susu anak harimau adalah sekitar umur tiga hingga empat bulan dan akan hidup bersama ibunya selama kira-kira 18 bulan.

Sementara itu, pengarah zoo berkenaan, Dr Kevin Lazarus, berkata kelahiran Harimau Malaya itu adalah yang keempat di premis itu selepas yang terakhir pada 2009.

Zoo Taiping and Night Safari kini ditutup kepada orang awam mulai 18 Mac lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kebajikan terhadap haiwan terus dijaga dengan pemantauan secara kerap dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Berdasarkan kepada penemuan awal tinjauan Harimau Kebangsaan 2016-2020 mendapati populasi Harimau Malaya di negara ini berada pada tahap sangat membimbangkan iaitu kurang daripada 200 ekor disebabkan oleh pemburuan haram, kehilangan habitat semulajadi, pencemaran alam dan beberapa faktor lain. - BERNAMA

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja