Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli



Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, Labuan pada malam Rabu.

Ketua Polis Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Labuan oleh ibunya, namun disahkan meninggal dunia.

"Mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas setibanya di bahagian kecemasan Hospital Labuan kira-kira jam 10 malam.

"Menurut ibunya, terdahulu mangsa telah meminta gula-gula dan terus memasukkannya ke dalam mulut, sebelum ibu kanak-kanak itu sedar dia sukar bernafas," katanya di sini.

Muhamad Farid berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kejadian tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!