Juara PUBG di PMPL SEA Yoodo Gank bawa pulang RM172,000


KUALA LUMPUR: Pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank muncul sebagai juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020, Ahad malam.

Yoodo Gank dinobatkan sebagai terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan.

Menerusi kemenangan itu, Yoodo Gank membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM128,000 (AS$30,000) dan diberikan slot utnuk beraksi di Liga


Dunia PUBG Mobile.

Selain wang kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank turut mendapat hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM44,000 menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.

Yoodo Gank terdiri daripada empat pemain muda yang berbakat besar iaitu Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Mereka turut menewaskan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens (Indonesia) yang sekadar selesa di tempat kedua.

Sementara itu dua lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing menduduki ke-lima dan ke-12 dalam kejohanan itu.

PMPL SEA berlangsung selama tiga hari, melibatkat 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.

Adakah anda rasa permainan video game mampu membuka ruang kerjaya kepada orang ramai pada masa akan datang? Like jika anda setuju


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja