Bapa Tiri pukul anak sampai mati




SEORANG lelaki dan dua wanita warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Memanda 3, Ampang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan menemui mayat kanak-kanak itu di lokasi kejadian pada jam 9.50 pagi.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang botak itu berusia dalam lingkungan enam tahun dan berpakaian lengkap.

"Mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditemui dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Noor Azmi berkata, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati ada kesan lebam di beberapa anggota badan termasuk lengan dan badan.

"Mangsa dipercayai dipukul ayah tirinya menggunakan objek tumpul kerana dikatakan enggan makan.

"Kanak-kanak itu disyaki dipukul hingga menyebabkan kematian di lokasi lain dan dibuang oleh suspek di tempat mayatnya ditemui.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki dan dua wanita warga asing yang juga pemegang kad UNHCR selang 30 minit selepas maklumat kejadian diterima.

"Tangkapan tiga suspek itu dilakukan di sebuah hotel di Jalan Memanda 5 yang juga lokasi mangsa disyaki dipukul.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


 
Persatuan Netizen Malaysia ✔️
Private group · 39,380 members
Join Group
Selamat datang warganet anda bebas beriklan apa saja di sini dan mulai hari ini Admin bagi kelonggaran kepada anda untuk buat apa saja posting sama ad...
 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja