Al Fatihah, PESARA kerajaan meninggal dunia ketika sedang memandikan jenazah



PESARA kerajaan meninggal dunia ketika sedang memandikan jenazah di bilik Jabatan Forensik Hospital Gua Musang (HGM) dipercayai akibat serangan jantung, petang ini.

Allahyarham Mohd Azari Ibrahim, 64, atau lebih dikenali sebagai Abang Yie Assalamualaikum rebah kira-kira 4 petang.

Lelaki itu yang pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Gua Musang memang dikenali penduduk Gua Musang kerana turut memberi khidmat berbekam.

Isterinya, Nora Hassan, 61, berkata ketika kejadian berada di rumah dan arwah sedang memandikan jenazah di bilik forensik bersama seorang lagi petugas hospital itu.

Katanya, dia dimaklumkan pihak hospital arwah disahkan meninggal dunia sebaik pemeriksaan dilakukan di wad kecemasan pada 4.15 petang.

"Sebelum ini arwah tidak pernah menyatakan masalah kesihatan tetapi kerap juga melakukan pemeriksaan termasuk jantung di klinik swasta.

"Hari ini pun saya sempat bersama arwah ke kedai perabut di Jalan Pekan Lama Gua Musang, 9 pagi tadi untuk membeli perabut.

"Keadaan dia (arwah) biasa sahaja sebelum memberitahu saya akan pergi ke HGM untuk mandi jenazah, 3 petang tadi," katanya ketika ditemui di HGM, hari ini.

Menurutnya, arwah masih aktif dalam khidmat masyarakat dan sering membantu mereka dalam kesusahan bersama badan bukan kerajaan (NGO).

"Saya reda dengan kejadian kerana Allah SWT lebih menyayanginya dan pergi mengadap Ilahi lebih dahulu daripada saya," katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kesedar Putra di Bandar Baru Gua Musang selepas solat sunat tarawih, malam ini.

Sumber : Harian Metro

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja